https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/issue/feed SEJARAH: Journal of the Department of History 2025-06-30T13:34:17+08:00 Associate Professor Dr. Arba'iyah Mohd Noor arbaiyah@um.edu.my Open Journal Systems

SEJARAH, the journal of the Department of History, Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, is a blind peer-reviewed multi-disciplinary journal published twice a year in April/May and October/November. SEJARAH covers a wide range of topics in history with a strong emphasis on Malaysian and Southeast Asian history.

https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/58817 THE TIRUKKURAL AS A TOOL TO UNDERSTAND THE STATECRAFT OF THE CHOLA EMPIRE 2025-04-16T08:30:38+08:00 Yanitha Meena Louis yanithameena12@gmail.com Rahul Mishra 17021893@siswa.um.edu.my
This paper employs the Tirukkural as an analytical framework to study the statecraft of the Chola Empire, one of the longest-ruling thalassocratic dynasties in global history. The work provides a systematic approach to understanding governance, with particular emphasis on statecraft, interstate relations, and the monarchy of the Cholas, whose political influence spanned both Southern India and Southeast Asia. By examining the key precepts of the Tirukkural, this study seeks to examine pivotal moments in Chola history, notably the Chola expedition to Srivijaya. These military ventures, set against the backdrop of generally peaceful relations between India—particularly Southern India—and Southeast Asia, present a persistent historical conundrum. Through a critical analysis of the Tirukkural’s guiding principles, the paper assesses the text’s explanatory utility in understanding Chola political strategy. In doing so, it underscores the continued relevance of the Tirukkural as a potent tool for analysing the political dynamics of one of the most influential empires in the history of the Indian subcontinent.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/61028 FENOMENA KECURIAN SERIUS DAN KAITANNYA DENGAN HARGA BIJIH TIMAH DI SELANGOR SEMASA ERA PEMERINTAHAN BRITISH 2025-06-20T22:33:51+08:00 Ruzaini Sulaiman ruzaini@umt.edu.my Ruhaizan Sulaiman ruhaizan@unisza.edu.my Norazilawati Abd. Wahab norazilawatiwahab@unisza.edu.my Ismar Liza Mahani Ismail ismarhani@umt.edu.my
Makalah ini bertujuan mengkaji fenomena kecurian serius yang berlaku di Selangor semasa pemerintahan British terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi dan perkaitan jenayah kecurian serius dengan kedudukan harga bijih timah. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada aspek kedudukan harga timah di pasaran antarabangsa yang tidak konsisten ketika berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi berjaya mempengaruhi penglibatan penduduk dalam kegiatan jenayah ini. Dalam usaha mencapai matlamat di atas, kajian ini telah memenuhi objektif untuk melihat aspek kedudukan harga timah yang telah  mengalami kejatuhan harga secara mendadak semasa berlaku ketidaktentuan ekonomi dan  kaitannya dengan penglibatan penduduk di Selangor dalam jenayah kecurian serius. Penyelidikan ini menggunakan penyelidikan sejarah dan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Beberapa tindakan dan proses telah dilakukan misalnya heuristik, kritikan, analisis dan histrografi supaya penyelidikan ini mencapai objektiviti dalam penyelidikan sejarah. Dapatan kajian yang diperolehi menampakkan dengan jelas bahawa kedudukan harga timah menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan dan penglibatan penduduk dalam kegiatan jenayah kecurian serius di Selangor.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/59043 REAKSI SULTAN ABDUL HAMID DAN MASYARAKAT SATUN TERHADAP PENYERAHAN WILAYAH SATUN KEPADA SIAM 1909 2025-03-04T12:26:21+08:00 Intan Syafinas Shafie intansyafinas@unimap.edu.my Aisyah Kamaruddin aisyahk@uum.edu.my
Penyerahan wilayah Satun kepada pihak Siam melalui Perjanjian Bangkok 1909 yang ditemeterai oleh British dan Siam merupakan suatu peristiwa yang telah mencorakkan landskap geopolitik Asia Tenggara dengan memberi implikasi besar terhadap politik, ekonomi, dan budaya Kedah serta wilayah Satun. Wilayah Satun, yang sebelum ini telah menjadi sebahagian daripada wilayah Kedah telah kehilangan statusnya sebagai wilayah Melayu-Islam akibat manipulasi kuasa besar seperti British dan Siam. Rundingan penyerahan ini telah dijalankan tanpa penglibatan langsung oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah (mm.1841-1943) dimana telah mencerminkan ketidakseimbangan kuasa dalam hubungan diplomatik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis mengenai reaksi Sultan Abdul Hamid terhadap penyerahan tersebut dan penduduk Melayu-Islam di wilayah Satun, yang terkesan oleh dasar Siamisasi seperti penggunaan bahasa Thai dan perubahan struktur pemerintahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya melalui analisis dokumen sejarah seperti memorandum Sultan Kedah, laporan diplomatik British dan Siam, serta surat-menyurat rasmi untuk membina naratif yang lebih komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa Sultan Abdul Hamid menentang keras penyerahan ini, tetapi tekanan diplomatik dan isu kewangan memaksanya menerima perjanjian tersebut. Penduduk Satun juga turut menghadapi perubahan mendalam terhadap identiti budaya mereka akibat dasar Siamisasi, walaupun terdapat usaha penentangan yang terhad. Kajian ini mencadangkan penelitian lebih lanjut terhadap dokumen arkib dan sumber lisan bagi memperkayakan pemahaman tentang reaksi tempatan terhadap perjanjian ini. Di samping itu, usaha diplomasi moden antara Malaysia dan Thailand perlu memberi perhatian terhadap penghormatan warisan budaya Melayu-Islam di Satun untuk memulihkan hubungan sejarah antara kedua-dua negara.

Kata kunci: Kedah, Penyerahan Wilayah Satun, Perjanjian Bangkok 1909, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Dasar Siamisasi
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/60046 PERJUANGAN POLITIK PAS DAN PRESTASI DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1959 DI SINGAPURA 2025-06-04T07:49:43+08:00 Muhammad Naim Fakhirin Rezani naim_fakhirin@yahoo.com
Kajian ini membincangkan perkembangan politik di Singapura pada PRU 1959 dengan memberi tumpuan terhadap penglibatan PAS terhadap politik negara itu. Selain UMNO, PAS merupakan antara parti dari Tanah Melayu yang berusaha meluaskan pengaruh di Singapura. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, PAS merupakan antara parti yang bersaing di kerusi majoriti pengundi Melayu seperti Geylang Serai, Siglap dan Kampong Kembangan. Penglibatan PAS dalam pilihan raya di Singapura ini menyebabkan persaingan politik yang berlaku semakin sengit. Kajian ini ditulis dengan menggunakan sumber primer dari National Archive, Kew dan National Archive Singapore sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan akhbar The Straits Times, Berita Harian dan Utusan Melayu yang diterbitkan dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer itu. Dapatan kajian membincangkan strategi PAS terhadap politik Singapura meliputi isu yang dijadikan kempen dan pemilihan calon yang bertanding. Selain itu dapatan kajian turut memperincikan prestasi dan faktor keputusan yang diperoleh itu terhadap PAS pada PRU 1959 di Singapura.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/61033 DIPLOMASI SUBALTERN: P.P. NARAYANAN DAN INTERNASIONALISASI PERJUANGAN KAUM PEKERJA 1950-AN HINGGA 1980-AN 2025-06-04T07:57:02+08:00 Shamsul Azri Mohd Radzi azri4786@gmail.com
Makalah ini ini terletak mengetengahkan konsep diplomasi subaltern sebagai strategi perjuangan pekerja ladang Malaysia, khususnya oleh P.P. Narayanan, di pentas antarabangsa. Sumbangannya kepada lapangan akademik adalah dengan memperluaskan wacana hubungan antarabangsa dan sejarah buruh melalui tumpuan terhadap peranan aktor bukan negara dari Selatan Global, sekali gus mencabar dominasi naratif negara dan elit dalam historiografi buruh serta kajian diplomasi antarabangsa.

Makalah ini bukan sahaja menawarkan sumbangan asli yang memperkaya wacana akademik tentang sejarah buruh dan diplomasi antarabangsa dari perspektif Selatan Global, malah berpotensi menjadi rujukan penting dalam kajian kesatuan sekerja, hubungan antarabangsa dan agensi subaltern yakni menjadikannya wajar dipertimbangkan untuk penerbitan dalam jurnal berprestij ini.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/61661 PERTEMPURAN KALABAKAN 1963: PATRIOTISME DAN KEDAULATAN MALAYSIA 2025-06-03T13:36:48+08:00 Abdul Rahman Mad Ali @ Abang Mad Ali @ Abang manabdulrahman@usm.my
Pertempuran Kalabakan pada 29 Disember 1963 adalah salah satu bukti tindakan subversif tentera Indonesia  ke atas wilayah sempadan Malaysia di sempadan Sabah-Kalimantan Timur, Tawau, Sabah. Peristiwa ini kemudiannya dikenali dikalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘Peristiwa Kalabakan’ manakala dikalangan masyarakat sempadan Sabah dikenali sebagai ‘Malam Berapi Kalabakan’ telah  mengorbankan banyak tentera kedua-dua pihak. Penulisan akan merungkaikan peristiwa pertempuran dan sumbangan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD Ke-3) dalam usaha mempertahankan kedaulatan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif bermula dengan kajian perpustakaan. Penelitian turut dilakukan di arkib bermula di Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Malaysia dan Muzium Tentera Darat Malaysia. Kaedah temu bual tutut digunakan terutamanya untuk mendapatkan maklumat daripada pengalaman veteran (memori kolektif) tentera dan masyarakat mengenai situasi pertempuran tersebut. Kerja lapangan juga turut digunakan khusus untuk mengesan dan melihat lokasi pertempuran pasukan keselamatan Malaysia di Kalabakan, Tawau, Sabah. Akhirnya, penulisan ini cuba untuk menggetengahkan ‘Kalabakan’ sebagai simbol patriotisme dalam upaya prajurit serta masyarakat sempadan Sabah dalam perjuangan mempertahankan ‘tanah air tanah tumpahnya darahku’ dari ancaman tentera penceroboh Indonesia wajar diteladani dalam mengisi kemuliaan negara Malaysia.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/59071 PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DI SELANGOR DI BAWAH DASAR EKONOMI BARU (DEB), 1970-1990 2025-03-04T12:32:38+08:00 Mohammad Bukhari Badrol Hisham eryna77@yahoo.com Ho Hui Ling hohuiling@um.edu.my
Abstrak

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tentang pembangunan kampung baru di Selangor yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 sehingga tahun 1990. Kampung baru di Selangor telah diwujudkan sejak zaman darurat akibat ancaman komunis di Tanah Melayu. Kampung baru merupakan kawasan penempatan semula yang dibentuk di bawah Undang-undang Darurat melalui Rancangan Briggs pada tahun 1950. Tujuan kampung baru ini diwujudkan adalah untuk menyekat kolaborasi antara masyarakat setinggan Cina dengan gerila komunis. Selepas tamatnya darurat pada tahun 1960, penempatan kampung baru didakwa tidak mendapat perhatian khusus dan sewajarnya. Keadaan ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk kampung baru terhadap pelaksanaan dasar kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah berusaha melaksanakan pembangunan di kawasan kampung baru di Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis dokumen yang diperoleh di Arkib Negara Malaysia seperti fail Kementerian Pertahanan, fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, fail Jabatan Perdana Menteri dan fail Majlis Keselamatan Negara. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian ini mendapati kerajaan telah melaksanakan pembangunan yang membawa kepada perubahan dan kemajuan kepada kampung baru di Selangor dari tahun 1970 sehingga tahun 1990. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kampung baru di Selangor diberi perhatian khusus oleh kerajaan di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/59102 THE THE ISLAMIC NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATIONS RESPONS TO THE NARRATIVE OF THE ISLAMIC STATE: THE CASE STUDY OF ABIM IN MALAYSIA AND NU IN INDONESIA (1979-2005) 2025-02-27T09:46:01+08:00 Amin Fadlillah aminfadlillah@uinkhas.ac.id Ibanah Suhrowardiyah Shiam Mubarokah ibanahsuhrowardiyah@gmail.com
In 1979, The Iranian Revolution succeeded in overthrowing the despotic-secular government of Shah Reza Pahlevi and since then Iran has become an Islamic state. This successful revolution re-enforced of the narrative of an Islamic state that occurred in Malaysia and Indonesia. This article to examine whether the response of Islamic Non-Governmental Organization (INGO), namely the Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) and Nahdlatul Ulama (NU) in Indonesia, to this Islamic state narrative is then manifested into acceptance or otherwise. This article aims to examine how ABIM and NU conceptualize and interpret the narrative of an Islamic state and to what extent ABIM and NU in Malaysia and Indonesia receive the issue of an Islamic state. The research uses a historical method namely heuristic, verification, interpretation and historiography. Primary data were obtained from library research, both data in the form of official government documents, INGO documents and in-depth interviews from selected respondents in both countries. The results of this study can be concluded that the narrative of the Islamic state was responded to by ABIM in Malaysia and NU in Indonesia with the conceptions and interpretations regarding the Islamic state. In the initial phase, both organizations conceptualized the meaning of Islamic state with an idealistic and rigid understanding. Both ABIM and NU wanted the formal implementation of an Islamic state in the country's constitution. Therefore, the relationship between the two organizations and the government was often heated and they were considered oppositional. The second phase witnessed both organizations shifting the conception and meaning of the Islamic state to a more moderate and contextual one. They realized that the heterogeneous structure of society in both countries was an obstacle to the literal meaning of the Islamic state.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/59409 SUKAN KOMANWEL 1998: CABARAN PENGURUSAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA, 1998 HINGGA 2000 2025-04-22T13:22:03+08:00 Muhammad Nordin Hassan nordin_80@um.edu.my Noraini Mohamed Hassan ainnorima@um.edu.my Azharuddin Mohamed Dali azharud@um.edu.my
Makalah ini akan membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh Kompleks Sukan Negara (KSN) ekoran pembinaan kemudahan sukan sempena Sukan Komanwel 1998. Cabaran-cabaran yang dihadapi selepas berakhirnya temasya tersebut menjadi perhatian utama. Namun disentuh juga masalah yang dihadapi setelah siapnya pembinaan KSN tersebut sebelum temasya bermula. Selain itu, dimasukkan juga sejarah kemudahan sukan dan Sukan Komanwel 1998 sebagai pengenalan. Kaedah yang digunakan adalah kualitatif dengan memberikan tumpuan kepada analisis laporan akhbar yang diperolehi dari Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur dan Perpustakaan Utama Unversiti Malaya serta Perpustakaan Sukan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil. Hasil kajian menunjukkan terdapat masalah dari segi pembinaan kemudahan sukan dan isu menjadikan KSN sebagai tumpuan reakreasi orang ramai menjadi cabaran yang signifikan kepada pengurusan KSN.
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History https://vmis.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/60473 KEPENTINGAN LAGU NEGARAKU DALAM PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA: PERSPEKTIF PAKAR SOSIOLOGI MENERUSI KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA 2025-06-04T07:54:44+08:00 Siti Nurkhalilah Liana khalilahlianamalik@gmail.com Azizan Zainuddin azizan_zainuddin@salam.uitm.edu.my Anida Mahmood anida131@uitm.edu.my
Kewujudan simbol kebangsaan memainkan peranan yang penting dalam mencerminkan imej dan identiti sebuah negara. Salah satu simbol yang sering digunakan di seluruh dunia adalah lagu kebangsaan. Begitu juga dengan Malaysia, Negaraku diangkat menjadi lagu kebangsaan sejak 1957 lagi. Keunikan struktur lagu dari segi gabungan melodi dan lirik dalam lagu ini memberikan impak yang kuat kepada jiwa dan emosi pendengar. Namun begitu, disebabkan lagu ini hanya bertahan selama lima minit sewaktu dinyanyikan, menjadikan perbincangan mengenai Negaraku ini tidak diperluaskan terutamanya dalam pembinaan negara-bangsa. Bahkan, isu penghinaan lagu Negaraku ini masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Faktor utamanya adalah kurangnya kefahaman dan penghayatan terhadap makna dan peranan lagu ini oleh rakyat Malaysia. Selain itu, kekurangan rujukan berkaitan kajian Negaraku dalam bidang sains sosial dalam pembinaan negara-bangsa. Kajian Negaraku menjurus kepada perkembangan sejarah lagu tersebut hanya dipelopori oleh Saidah Rastam (2014-2017) dan Shazlin Hamzah (2018-kini). Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan untuk menekankan kepentingan Negaraku sebagai lambang negara-bangsa dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. Menerusi temu bual semi-struktur bersama tiga pakar utama dalam bidang sosiologi ini, analisis tematik dilakukan dalam mencari tema utama untuk menjelaskan mengenai peranan Negaraku dalam pembinaan negara-bangsa. Hasilnya, empat tema utama ditemui dalam membuktikan peranan Negaraku terhadap pembinaan negara-bangsa iaitu a) jati diri warganegara Malaysia, b) penyatuan budaya dan identiti nasional di Malaysia, c) alat pembinaan negara-bangsa dan d) cadangan serta pelan strategik. Kesimpulannya, perbincangan tema menerusi Negaraku ini dapat memperluaskan skop diskusi dalam bidang sains sosial melalui kajian antemologi di Malaysia.

Kata kunci: simbol kebangsaan, Negaraku, lagu kebangsaan, budaya, negara-bangsa
2025-06-30T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2025 SEJARAH: Journal of the Department of History