PERJUANGAN POLITIK PAS DAN PRESTASI DALAM PILIHAN RAYA UMUM 1959 DI SINGAPURA

PAS's Political Struggle and Performance in the 1959 General Election in Singapore

Authors

  • Muhammad Naim Fakhirin Rezani Jabatan Kenegaraan dan Keusahawanan, Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.4

Keywords:

Demokrasi, Singapura, PAS, Politik Melayu, Strategi

Abstract

Kajian ini membincangkan perkembangan politik di Singapura pada PRU 1959 dengan memberi tumpuan terhadap penglibatan PAS terhadap politik negara itu. Selain UMNO, PAS merupakan antara parti dari Tanah Melayu yang berusaha meluaskan pengaruh di Singapura. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, PAS merupakan antara parti yang bersaing di kerusi majoriti pengundi Melayu seperti Geylang Serai, Siglap dan Kampong Kembangan. Penglibatan PAS dalam pilihan raya di Singapura ini menyebabkan persaingan politik yang berlaku semakin sengit. Kajian ini ditulis dengan menggunakan sumber primer dari National Archive, Kew dan National Archive Singapore sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan akhbar The Straits Times, Berita Harian dan Utusan Melayu yang diterbitkan dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer itu. Dapatan kajian membincangkan strategi PAS terhadap politik Singapura meliputi isu yang dijadikan kempen dan pemilihan calon yang bertanding. Selain itu dapatan kajian turut memperincikan prestasi dan faktor keputusan yang diperoleh itu terhadap PAS pada PRU 1959 di Singapura.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30