PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DI SELANGOR DI BAWAH DASAR EKONOMI BARU (DEB), 1970-1990

New Village Development in Selangor under the New Economic Policy (NEP), 1970-1990

Authors

  • Mohammad Bukhari Badrol Hisham Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
  • Ho Hui Ling Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/sejarah.vol34no1.7

Keywords:

Kata kunci: Kampung Baru, Rancangan Briggs, Selangor, Komunis, Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Abstract

Abstrak

 

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tentang pembangunan kampung baru di Selangor yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 sehingga tahun 1990. Kampung baru di Selangor telah diwujudkan sejak zaman darurat akibat ancaman komunis di Tanah Melayu. Kampung baru merupakan kawasan penempatan semula yang dibentuk di bawah Undang-undang Darurat melalui Rancangan Briggs pada tahun 1950. Tujuan kampung baru ini diwujudkan adalah untuk menyekat kolaborasi antara masyarakat setinggan Cina dengan gerila komunis. Selepas tamatnya darurat pada tahun 1960, penempatan kampung baru didakwa tidak mendapat perhatian khusus dan sewajarnya. Keadaan ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk kampung baru terhadap pelaksanaan dasar kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah berusaha melaksanakan pembangunan di kawasan kampung baru di Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis dokumen yang diperoleh di Arkib Negara Malaysia seperti fail Kementerian Pertahanan, fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, fail Jabatan Perdana Menteri dan fail Majlis Keselamatan Negara. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian ini mendapati kerajaan telah melaksanakan pembangunan yang membawa kepada perubahan dan kemajuan kepada kampung baru di Selangor dari tahun 1970 sehingga tahun 1990. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kampung baru di Selangor diberi perhatian khusus oleh kerajaan di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30