Keberkesanan Teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi Suatu Perbandingan

Main Article Content

Norsyida Md Zin
Sedek Ariffin
Norhidayah Yusoff

Abstract

Dewasa ini memperlihatkan kepelbagaian teknik belajar membaca alQur’an diperkenalkan dan ada di antaranya telahpun digunapakai di dalam sistem pendidikan al-Qur’an di Malaysia. Kebanyakannya bertujuan mempermudahkan serta memahirkan setiap individu Muslim untuk membaca al-Qur’an dalam tempoh masa yang singkat. Sehubungan itu, makalah ini membandingkan teknik Iqra’ dan teknik Al-Baghdadi dengan tujuan melihat pilihan yang lebih berkesan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas bacaan al-Qur’an di samping mengenal pasti teknik belajar al-Qur’an yang sesuai digunakan di peringkat kanak-kanak terutamanya dalam kelompok yang besar. Seramai 30 orang pelajar dari SK Segambut, Kuala Lumpur dan 30 orang pelajar dari Al-Baghdadi Training Centre, Setiawangsa, Kuala Lumpur dipilih secara rawak mudah bagi mewakili teknik pengajian masingmasing. Alat ukur yang digunakan adalah ujian bacaan al-Qur’an. Datadata yang diperolehi dikumpulkan dan dianalisis menerusi metode statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan ujian –t. Dapatan kajian menunjukkan responden teknik AlBaghdadi mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi dari aspek menyebut huruf Hijā’iyyah dan tanda baris, membaca perkataan dan ayat al-Qur’an serta berkeupayaan menguasai hukum tajwid berbanding responden teknik Iqra’. Diharap hasil kajian ini menimbulkan idea penambahbaikan ke arah pemantapan pembacaan al-Qur’an yang lebih jitu dan berkesan, sekaligus membasmi permasalahan ketidakmampuan menguasai bacaan al-Qur’an sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Md Zin, N., Ariffin, S., & Yusoff, N. (2014). Keberkesanan Teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi Suatu Perbandingan. Jurnal Usuluddin, 40, 51–70. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7483
Section
Articles