Kitab Hidāyah al-Sālikīn Karangan al-Falimbānī Analisis Naskhah dan Kandungan

Main Article Content

Shohana Hussin

Abstract

Khazanah ilmiah silam banyak meninggalkan karya besar yang terus relevan dan menjadi rujukan hingga kini. Demi menghargai khazanah ini, kajian berterusan perlu dilakukan untuk meneliti pelbagai aspek khazanah tersebut. Dalam kerangka ini, makalah ini menganalisis naskhah dan kandungan kitab Hidāyah al-Sālikīn karangan ‘Abd al- Ṣamad al-Falimbānī secara terperinci. Perincian analisis naskhah kitab ini meliputi beberapa aspek penting kitab tersebut, seperti judul, keaslian, himpunan manuskrip dan percetakannya. Sementara itu, analisis kandungan melibatkan perbincangan mengenai tujuan, kaedah dan gaya penulisan yang digunakan serta sasaran pembaca. Selain itu, ia juga menghuraikan sumber rujukannya, susunan penulisannya, dan ulasan kandungan kitab tersebut secara keseluruhan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hussin, S. (2014). Kitab Hidāyah al-Sālikīn Karangan al-Falimbānī Analisis Naskhah dan Kandungan. Jurnal Usuluddin, 39, 71–110. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7473
Section
Articles