Tafsir Al-Azhar dan Tasawuf Menurut Hamka

Main Article Content

Abdul Rouf
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

Abstract

Tafsir al-Azhar adalah salah satu karya agung ulama terkenal Indonesia iaitu Hamka. Tafsir ini tergolong antara tafsir-tafsir besar jika diteliti dari sudut perbahasannya. Keistimewaan Tafsir al-Azhar, selain membincangkan akhlak dan pembaharuan Islam, ia juga menekankan secara khusus sudut tasawuf, etika, dan permasalahan terkini yang berlaku di Indonesia. Hasil daripada corak pemikiran, kajian dan penulisan terhadap Tafsir al-Azhar, Hamka sekali lagi menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Tasauf Modern yang membahaskan dasardasar sufisme baru di Indonesia khususnya, dan Singapura umumnya. Buku tersebut menampilkan sebuah pemikiran yang memberi penekanan dan penghayatan dari sudut esoteris atau bÄá¹­iniyyah yang perlu diaplikasikan di dalam diri masyarakat. Berbeza dengan sufisme klasik yang menganut fahaman isolatif (i‘tizÄliyyah) iaitu menjauhkan diri daripada masyarakat, sufisme realistik yang dianut Hamka cenderung kepada keterlibatan secara langsung dengan masyarakat secara berterusan, serta berpandangan bahawa ilmu Tasawuf amat diperlukan di dalam sesebuah masyarakat. Dengan itu, Hamka telah berjaya mengangkat tasawuf sebagai suatu bidang ilmiah, setelah ilmu ini mendapat kritikan dan penolakan terhadap amalan-amalan ahli tarekat tasawuf yang bertentangan dengan ajaran Islam. Makalah ini menonjolkan pemikiran tasawuf Hamka dalam mentafsirkan ayat-ayat ibadah serta huraian terhadap hikmah pensyariatan ibadah-ibadah tersebut. Tasawuf Hamka bertujuan membebaskan manusia daripada amalan-amalan yang menyimpang dari ajaran justeru membawa masyarakat mendekati tasawuf moden yang dibawa beliau dengan mengemukakan beberapa pendekatan yang sangat berkait rapat dengan sosio-budaya masyarakat Indonesia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Rouf, A., & Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2013). Tafsir Al-Azhar dan Tasawuf Menurut Hamka. Jurnal Usuluddin, 38, 1–30. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7465
Section
Articles