Relevensi Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap Kemahiran Insaniah di dalam Pengurusan Pembangunan Modal Insan

Main Article Content

Khadijah Mohd Khambali @Hamba
NorAdina Abdul Kadir
Khairul Anuar Mohd Amin Khir

Abstract

Ahidah Islam merupakan pusat bagi kesatuan ilmu-ilmu yang menentukan orientasi, matlamat dan metodologi ilmuilmu lain. Ini bererti kebenaran mutlak yang terkandung dalam ilmu-ilmu agamq dari beraneka bidang mewarnai dan menjiwai seluruh pendekatan Muslim kepada ilmuilmu lain seperti ilmu sains, biologi, perakaunan, undangundang, pengurusan, ekonomi ilmu kemahiran hidup dan sebagainya. Konsep ilmu yang unified inilah dasar ilmu bersepadu dan sekaligus merupakan keistimewaan Islam yang berbeza dengan aliran pemikiran yang memisahkan antara teologi atau agama (ukhrawi), sai4s dan duniawi serta kemahiran insaniah dan pembangundn ruodal insan. Ini bererti ilmu Islam yang bersepadu ini'mendorong kepada melahirkan modal insan yang unggul, dinamik dan mampu berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain dunia dan sekaligus mewujudkan pembangunan sumber manusia yang rasional, professional dan berakhlak mulia. Pun begitu, kita hanya mampu mencipta kegemilangan modal insan ini dengan kembali kepada akar budaya sendiri. Malangnya, sistem pendidikan di Malaysia dikatakan gagal menyediakan graduan yang dinamik dan berwibrma hanya kercma kekurangan dari aspek Kemahiran Insaniah. Akibatnya ramai graduan yang tiada pekerjaan dan terus menganggur. Graduan Melayu-Muslim khususnya dikatakan tidak mempunyai daya saing yang hebat berbanding graduan bukan Melayu. Justeru, kertas ini akan m embinc angkan kualiti-kualiti utama y ang amat diperlukan dalam mengaplikasikan Kemahiran Insaniah yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian pengajian Tinggi berasaskan pemikiran Ibn Khaldun seorang tokoh sosiologi Muslim yang hebat dalam usaha untuk melahirkan sumber pembangunan modal insan yang rasional, professional dan berakhlak mulia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Khambali @Hamba, K., Abdul Kadir, N., & Mohd Amin Khir, K. A. (2011). Relevensi Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap Kemahiran Insaniah di dalam Pengurusan Pembangunan Modal Insan. Jurnal Usuluddin, 34, 21–46. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7434
Section
Articles