Akidah: Peranan dan Kepentingannya dalam Memelihara Keharmonian Rumah Tangga

Main Article Content

Asming Yalawae
‘Afifi Ab. Halim
Wan Abdul Fattah Wan Ismail

Abstract

Akidah merupakan asas penting yang perlu ada bagi diri setiap insan yang bergelar Muslim. Tanpa akidah yang mantap dan jitu, hilanglah keseimbangan dalam kehidupan bermasyarakat, lahirlah kekacauan dalam kehidupan seharian, kehidupan tidak akan mendapat ketenangan dan akan terputus hubungan sesama manusia. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan akidah dalam membentuk kebahagiaan kehidupan berkeluarga. Dewasa ini, banyak kes-kes penceraian dan keretakan rumahtangga yang berlaku dan terdapat juga isu-isu yang timbul dalam kehidupan rumahtangga yang mana menjadi punca kehancuran atau hilangnya kebahagiaan sesebuah kehidupan berkeluarga. Terdapat pelbagai punca berlakunya penceraian atau keretakan rumahtangga dan antara punca penyumbang kepada keadaan ini adalah disebabkan rapuhnya akidah umat Islam di alaf ini. Artikel ini akan mengutarakan perbincangan berkenaan definisi tajuk yang berkaitan di samping mengkaji kepentingan akidah dalam kehidupan manusia khususnya dalam aspek kehidupan rumahtangga yang mana akidah dilihat dapat mencetus kebahagiaan sesebuah keluarga

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yalawae, A., Ab. Halim, ‘Afifi, & Wan Ismail, W. A. F. (2011). Akidah: Peranan dan Kepentingannya dalam Memelihara Keharmonian Rumah Tangga. Jurnal Usuluddin, 33, 1–18. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7424
Section
Articles