Pemikiran Futuristik dalam Sirah Nabawiyyah: Aplikasi dalam Kepimpinan Islam

Main Article Content

Mohd Nuri al-Amin Endut
Asyiqin Abdul Halim

Abstract

Sirah   Nabawiyyah   memainkan   peranan   penting   di dalam   memberi   panduan   dan   pengajaran   terhadap aspek kehidupan, merangkumi pemikiran, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam. Ini termasuk pemikiran futuristik yang dapat dikesan dari kebolehan Rasulullah s.a.w. dalam membaca perubahan suasana yang bakal dihadapi  oleh  Baginda  dan  para  sahabat.  Strategi- strategi Baginda dalam perjanjian Hudaybiyyah, Bai’ah ‘Aqabah dan peristiwa Hijrah menggambarkan pemikiran kehadapan Baginda yang menghasilkan kejayaan dakwah Islam. Pemikiran sebegini seharusnya diterapkan dalam kepimpinan Islam pada hari ini yang lebih bersikap reactive dari proactive. Jesteru kertas ini akan mengupas elemen pemikiran futuristik terhadap beberapa peristiwa di dalam sirah Rasul dan mengulas pengaplikasiannya dalam corak kepimpinan Islam kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Endut, M. N. al-A., & Abdul Halim, A. (2008). Pemikiran Futuristik dalam Sirah Nabawiyyah: Aplikasi dalam Kepimpinan Islam. Jurnal Usuluddin, 28, 93–105. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7272
Section
Articles