Prophetic Traditions in the Jawi Book Hidayah Al-Salikin: An Analysis of Prophetic Traditions Without Known Status

Main Article Content

Khadher Ahmad
Ishak Suliaman

Abstract

Kajian dan penilaian semula terhadap kitab-kitab Jawi di Nusantara menjadi keperluan semasa kini. Salah satu aspek kajian yang dilakukan adalah usaha menilai semula hadith-hadith di dalam kitab-kitab jawi tersebut walaupun ia bukan daripada karya hadith. Usaha tersebut adalah dalam bentuk mengumpulkan keseluruhan hadith, mencari sumber-sumbernya (takhrij hadith) dan meletakkan penilaian martabat hadith. Kertas kerja ini akan mendedahkan penilaian yang dilakukan terhadap hadith-hadith di dalam sebuah karya tasawuf yang berjudul Hidayah al-Salikin fi Maslak al-Muttaqin karya Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani. Kitab Hidayah al-Salikin mengandungi 183 hadith yang terdiri daripada pelbagai martabat seperti sahih, daif, daif jiddan, mawdu dan hadith-hadith yang tidak diketahui sumber dan asalnya. Kepelbagaian martabat tersebut menjadi dorongan kuat untuk kajian ini dijalankan. Namun, dalam kertas ini tumpuan kajian adalah untuk memaparkan penilaian dan analisis terhadap hadith-hadith yang tidak diketahui martabatnya sahaja.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ahmad, K., & Suliaman, I. (2005). Prophetic Traditions in the Jawi Book Hidayah Al-Salikin: An Analysis of Prophetic Traditions Without Known Status. Jurnal Usuluddin, 22, 77–104. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4233
Section
Articles