The Principle of al-Takaful (Collective Responsibility) In Islam and Its Practice in the Operations of Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Main Article Content

Joni Tamkin Borhan
Che Zarrina Saari

Abstract

Amalan insurans bukanlah satu perkara yang baru dalam sejarah ketamadunan manusia. la telah wujud semenjak zaman Babylon di Mesopotamia lagi yang bertujuan untuk melindungi harta persendirian, hartanah, perdagangan dan hal ehwal keluarga. Begitu juga dengan konsep dan amalan takaful sebagai sistem insurans Islam yang telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah (s.a.w.) lagi. Kemunculan sistem perbankan dan kewangan Islam dalam dunia perbankan dan kewangan konvensional telah memberi ruang kepada sistem takaful yang berasaskan kepada konsep al-Takaful, al-Mudarabah dan al-Tabarru' dilaksanakan sebagai satu alternatif kepada insurans konvensional yang berasaskan riba, perjudian dan gharar yang dilarang oleh Islam. Tulisan ini menjelaskan konsep al-takaful dalam Islam dan pelaksanaannya dalam amalan takaful di Malaysia, khususnya dalam operasi Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB), salah sebuah syarikat yang diberi kebenaran untuk melakukan urus niaga takaful.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Borhan, J. T., & Saari, C. Z. (2003). The Principle of al-Takaful (Collective Responsibility) In Islam and Its Practice in the Operations of Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Jurnal Usuluddin, 17, 33–56. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4069
Section
Articles