VALUES & ETHICS TOWARDS QUALITY PUBLIC DELIVERY SYSTEM OF MALAYSIA: AN ISLAMIC PERSPECTIVE

Authors

  • Sharifah Hayaati Syed Ismail University of Malaya, Malaysia

Abstract

Nilai dan etika adalah dua istilah yang sering digunakan sama ada dalam
sektor awam, swasta mahupun korporat. Ia digunakan dalam perbualan
harian tanpa mengira sama ada dari golongan atasan mahupun bawahan,
berjawatan tinggi mahupun rendah. Namun, pemakaiannya kadang-kala
tanpa kefahaman yang menyeluruh. Bahkan dari sudut konsepnya juga
terdapat pelbagai berbahasan khususnya antara nilai dan etika dari
perspektij moden dan Islam. Menjelaskan istilah ini dari sudut konsep moden
dan Islam adalah sesuatu yang menjadi asas perbincangan da/am penulisan
ini. Pendedahan khususnya oleh pihak media ten tang pelbagai bentuk
keruntuhan nilai dan etika khasnya di kalangan penjawat awam seperti
pecah amanah, penipuan, ketidakcekapan, kelewatan dalam sesuatu proses
perkhidmatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya telah menjadi
penghalang kepada keberkesanan sistem penyampaian awam di Malaysia.
Oleh itu, penulisan ini bukan sekadar mengupas perihal konsep nilai dan
etika dari perspektij moden dan Islam, tetapi juga mengupas konsep terse but
dari sudut amalannya di Malaysia. Penekanan utama dari aspek am alan
terse but ditumpukan kepada dua aspek iaitu kepada pembaharuan
perkhidmatan awam yang meliputi aspek dasar, peraturan, pendekatan
Islam Hadhari serta pelan Integriti Nasional yang menjurus kepada aspek
nilai dan etika tersebut yang diistilahkan sebagai 'civil service reform' dan .
'organizational policy'. Amalan-amalan pentadbiran ini, dilihat sebagai
mekanisme ke arah mewujudkan sistem penyampaian awam berkualiti di
negara ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Syed Ismail, S. H. (2019). VALUES & ETHICS TOWARDS QUALITY PUBLIC DELIVERY SYSTEM OF MALAYSIA: AN ISLAMIC PERSPECTIVE. Jurnal Syariah, 15(2), 25–43. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22788