ANTARA TRADISI DAN PERUBAHAN PERNYATAAN BUDAYA DI PERSISIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Main Article Content

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff

Abstract

Konsep tradisi dan moden selalu digunakan apabila merujuk kepada kedudukan dan perubahan budaya. Dalam konteks perubahan budaya, tradisi dan kemodenan tidak dapat dipisahkan, memandangkan pergerakan atau perubahan berlaku secara bersambungan. Namun dalam anggapan popular, adakala tradisi dan kemodenan itu difahami sebagai terpisah atau terasing. Misalnya, warisan budaya Melayu itu dianggap tradisi dan unsur-unsur budaya yang dibawa dari negara-negara maju seperti negara barat dianggap moden. Bagi tujuan perbincangan ini, tradisi dan kemodenan ini dilihat secara umum dalam proses perubahan yang dilalui orang Melayu.' Kemodenan dalam konteks peradaban manusia adalah suatu perubahan yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup. Bagi memperlihatkan masyarakat dan budaya Melayu di persisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tumpuan khusus diberikan kepada masyarakat dan budaya Melayu Kelantan.2Bahanbahan yang digunakan dalam perbincangan ini berasaskan kepada pengalaman dan kajian-kajian yang pernah dilakukan. Suasana masyarakat dan budaya di negeri-negeri lain di persisiran Pantai Timur tidak jauh berbeza dengan masyarakat dan budaya di Kelantan

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Yusoff, W. A. K. (2007). ANTARA TRADISI DAN PERUBAHAN PERNYATAAN BUDAYA DI PERSISIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 172–185. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9742
Section
Articles