CABARAN DAN SUMBANGAN PENTERJEMAHAN DALAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA CHALLENGES AND CONTRIBUTIONS OF TRANSLATION TOWARDS THE UPLIFTING OF THE MALAY LANGUAGE GLOBALLY

Main Article Content

Asyraf Hj. Ab Rahman
Mazlina Ahmad
Mariati Mat Salleh@Md Nor
H. Gunawan Adnan

Abstract

Abstract
Translation is the activity of interpreting and understanding the meaning of a text in another
language. The purpose of translation is to produce a translated work that carries the same
concept and meaning of the original work to the targeted language with the purpose of
spreading knowledge. Such an approach allows works or information from various aspects
like society, economy and politics to benefit society. This paper discussed the challenges and
contributions of translating Malay works to foreign languages, which can indirectly uplift the
Malay language and promote the development of civilisation. The paper utilised content
analysis on journal articles, books, chapters and media to examine the contributions and
challenges of translation led by the Abbasid Caliphate (749-1256 M). The data collected
could show an effective approach to spreading knowledge and the Arabic language to
Europe and neighbouring continents. Findings showed that translation played a significant
role in the enculturation and development of civilisation within the maxim of knowledge in
society. Hence, the internationalisation of the Malay language should be done via efforts to
introduce and promote it through translation to major languages worldwide. The same
scenario occurred to prominent authors in countries like Japan, Korea, Saudi Arabia and
Indonesia. However, education and politics are among the bigger obstacles to achieving this feat. Overall, this study hopes to contribute to Malaysia‟s translation industry for the
globalisation of the Malay language, which could simultaneously empower and dignify the
language.



Keywords: translation, Malay language, culture, civilisation, industry of translation



Abstrak
Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir dan memahami makna sesuatu teks serta
memindahkan semula dalam bahasa yang lain. Aktiviti penterjemahan bertujuan untuk
menghasilkan karya terjemahan yang membawa konsep dan makna yang sama dengan
sesuatu karya ke dalam bahasa yang lain bagi tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Pendekatan ini membolehkan sesuatu karya atau maklumat dimanfaatkan oleh sesebuah
masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu seperti aspek pemikiran, sosial, ekonomi dan politik.
Kajian ini membincangkan cabaran dan sumbangan penterjemahan yang melibatkan karya
bahasa Melayu ke dalam bahasa asing yang secara tidak langsung memartabatkan bahasa
ibunda selain menyebarluaskan proses perkembangan tamadun. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis kandungan yang dijalankan pada artikel jurnal, buku, bab dalam buku dan
akhbar dengan meneliti sumbangan serta cabaran aktiviti penterjemahan yang telah
dipelopori oleh Kerajaan Abbasiah (749-1256 M) sebagai suatu gagasan pendekatan dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan dan bahasa Arab ke Eropah dan benua berdekatan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bidang penterjemahan menyumbangkan peranan
yang sangat besar dalam pembudayaan dan perkembangan tamadun ilmu sesebuah
masyarakat contohnya pada zaman Kerajaan Abbasiah. Bagi memperkembangkan bahasa
Melayu ke persada antarabangsa, usaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan bahasa
Melayu akan berjaya melalui usaha penterjemahan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia. Hal
ini juga berlaku kepada pengarang-pengarang besar di negara-negara lain seperti Jepun,
Korea, Arab dan Indonesia. Walau bagaimanapun, aspek pendidikan dan politik merupakan
antara cabaran terbesar dalam memastikan kelancaran usaha ini. Kajian ini diharapkan dapat
memberikan sumbangan kepada industri penterjemahan di Malaysia dalam usaha merancang
pengglobalan ilmu bahasa Melayu yang turut memberikan kesan ke arah pemerkasaan dan
pemartabatan bahasa Melayu.



Kata Kunci: penterjemahan, bahasa Melayu, budaya, tamadun, industri penterjemahan

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Asyraf Hj. Ab Rahman, Mazlina Ahmad, Mariati Mat Salleh@Md Nor, & H. Gunawan Adnan. (2022). CABARAN DAN SUMBANGAN PENTERJEMAHAN DALAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA: CHALLENGES AND CONTRIBUTIONS OF TRANSLATION TOWARDS THE UPLIFTING OF THE MALAY LANGUAGE GLOBALLY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 63–82. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39753
Section
Articles