PLACEMENT OF “BUAH BUTON” CARVINGS IN LUAK TANAH MENGANDUNG: A SYMBOL OF THE STATUS HELD BY “ADAT PERPATIH” LEADERS AND THEIR COMMUNITIES KEDUDUKAN BUAH BUTON DI LUAK TANAH MENGANDUNG: SIMBOLIK TERHADAP STATUS PEMIMPIN ADAT PERPATIH DAN MASYARAKAT

Main Article Content

Fakhrur Razi Maamor
Sabzali Musa Kahn
Basitah Taif

Abstract

Abstract
The art of woodcarving is synonymous with the Malays and features elements such as symbols of
its respective owners. Therefore, this study aimed to understand the physical placement
and significance of the carving called “buah buton” found in traditional houses of Luak
Tanah Mengandung, Negeri Sembilan, whose residents practise the “Adat Perpatih”
custom. Data collection involved two methods: utilising field work to identify houses with
the “buah buton” carving in Luak Tanah Mengandung and interviewing the heirs, customary
leaders, researchers and locals. Results showed that the placement of “buah buton”
carvings was varied and not restricted to certain areas. However, “buah buton” that were
placed in specific areas, such as the “serambi”(porch), may be symbolic of the statuses of its
occupants in “Adat Perpatih”. Hence, the influence and practice of this tradition prove that
it is not only enshrined in daily life and specific custom but also impacts the elements
present in traditional visual art. To that end, this article suggests that the “buah buton” should
be placed in government buildings to symbolise the meeting of leaders and professionalism in
administration. In addition, exhibitions centred on the themes of monarchies or national
leadership may utilise the “buah buton”as a display artefact symbolizing leadership.


Keywords: buah buton, carving, house, leader, customary, society



Abstrak
Ukiran kayu merupakan sebuah kesenian agung yang menjadi identiti kepada bangsa Melayu di
samping mengetengahkan elemen seperti perlambangan terhadap pemiliknya. Kajian ini
bertujuan untuk menghuraikan kedudukan ukiran buah buton yang terdapat pada rumah tradisi di
Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan status penghuninya
yang mengamalkan Adat Perpatih. Pengumpulan data melibatkan dua kaedah, iaitu kerja
lapangan bagi mengenal pasti rumah-rumah yang mempunyai buah buton di sekitar Luak Tanah
Mengandung, Negeri Sembilan. Kaedah kedua pula melalui temu bual, iaitu melibatkan waris,
pemimpin adat, penyelidik dan masyarakat tempatan. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa kedudukan buah buton yang terdapat pada rumah-rumah yang terpilih berada pada
kedudukan yang berbeza dan tidak terhad. Kedudukan buah buton didapati berada pada sudutsudut tertentu seperti ruang serambi menjadi simbolik terhadap kedudukan penghuninya dalam
Adat Perpatih. Pengaruh dan amalan adat tersebut tidak hanya diamalkan dalam kehidupan
seharian dan adat-adat tertentu sahaja, malah turut memberi kesan terhadap elemen dalam seni
visual tradisi. Oleh itu, dapatan kajian ini turut mendapati bahawa elemen buah buton seharusnya
diaplikasikan pada ruang-ruang di bangunan-bangunan kerajaan sebagai simbolik pertemuan
para pemimpin dalam kerajaan dan sebagai lambang profesionaliti pentadbiran. Buah buton juga
sesuai dijadikan bahan pameran yang bertemakan institusi beraja atau pemimpin negara kerana
menjadi bahan sejarah yang mengandungi konteks perlambangan terhadap kepimpinan.



Kata kunci: buah buton, ukiran, rumah, pemimpin, adat, masyarakat

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Fakhrur Razi Maamor, Sabzali Musa Kahn, & Basitah Taif. (2022). PLACEMENT OF “BUAH BUTON” CARVINGS IN LUAK TANAH MENGANDUNG: A SYMBOL OF THE STATUS HELD BY “ADAT PERPATIH” LEADERS AND THEIR COMMUNITIES: KEDUDUKAN BUAH BUTON DI LUAK TANAH MENGANDUNG: SIMBOLIK TERHADAP STATUS PEMIMPIN ADAT PERPATIH DAN MASYARAKAT. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 44–62. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39752
Section
Articles