Peralihan kod yang terpapar dalam majalah tempatan

Authors

  • Ching Hei Kuang University of Malaya, Malaysia
  • Jin May Hazel Ng University of Malaya, Malaysia

Abstract

Fenomena peralihan kod, iaitu proses beralih dari penggunaan satu bahasa ke satu bahasa yang lain dalam sesuatu pertuturan adalah satu fenomena yang sangat biasa di kalangan orang yang berdwibahasa atau pun mereka yang berkebolehan menutur dalarn pelbagai bahasa. Fenomena mengalih bahasa (kod) bukan sahaja berlaku dalam pertuturan tetapi juga dalam penulisan memo (David dan Kuang 2002), email (David dan Kuang (2002), sural khabar Inggeris tempatan (David dan Kuang, 2007) dan juga surat khabar lnggeris Singapore (Kuang, 2007). Baru-baru ini, didapati juga bahawa peralihan kod sering berlaku dalam penulisan artikel yang lerdapat dalam majalah wanita/remaja tempatan. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa peralihan bahasa/kod yang terpapar dalam penulisan artikel boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama. Pertama - peralihan kod biasa iaitu bahasa matrik, bahasa Melayu dicampuradukkan dengan perkataan bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina dan Inggeris dalam sesuatu tajuk atau pun ayat kerana kebiasaan atau strategi penulis. Kedua - peralihan kod berlaku dimana perkataan bahasa Inggeris telah dipinjam dan diasimilasikan sebagai perkataan bahasa Melayu dan ketiga-perkataan bahasa Inggeris dijadikan perkataan bahasa Malaysia dengan menambahkkan prefik atau sufik. Terdapat beberapa sebab yang bakal dibicarakan mengapa fenomena seperti ini berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2008-12-31

How to Cite

Kuang, C. H., & Ng, J. M. H. (2008). Peralihan kod yang terpapar dalam majalah tempatan. Journal of Modern Languages, 18(1), 123–141. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JML/article/view/3694