Miah V Khan

Penetapan Beberapa Prinsip Mengenai Kewujudan Perkongsian

Authors

  • Yeow Choy Choong

Abstract

Mahkamah House of Lords pada tanggal 2 November 2000 telah memberi penghakiman dalam kes Miah v Khan. Keputusan dalam kes ini berkisar di sekitar beberapa isue penting dalam bidang Undang-undang Perkongsian. 

Di dalam kes ini, mahkamah dikehendaki membuat keputusan sama ada sebuah perkongsian wujud di antara empat orang individu. Soal sama ada sebuah perkongsian wujud atau tidak adalah satu persoalan yang amat penting. Ini adalah kerana sekiranya sebuah perkongsian dianggap sebagai telah dibentuk di sisi undang-undang, maka kesan-kesan sampingan seperti isu hak-hak serta tanggungan atau liabiliti akan turut dibangkitkan. Hak-hak serta tanggunggan atau liabiliti bukan sahaja akan timbul sesama pekongsi, bahkan akan melibatkan pihak luar atau pihak ketiga yang mungkin telah berurusan dengan salah seorang ataupun semua pekongsi dalam perkongsian tersebut. 

Nota kes yang ringkas ini akan menggunakan keputusan kes ini sebagai tanda rujukan untuk kita merenung serta mengkaji kembali beberapa prinsip asas mengenai Undang-undang Perkongsian. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2000-06-01

How to Cite

Choong, Y. C. (2000). Miah V Khan: Penetapan Beberapa Prinsip Mengenai Kewujudan Perkongsian. Journal of Malaysian and Comparative Law, 27(1 and 2), 257–268. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16198