Main Article Content

Abstract

Tajuk ini membincangkan tentang perihalan sejarah dan perkembangan kajian yang melibatkan tumbuh-tumbuhan dalam Al-QurÂ’an Al-Karim dari sudut bahasa. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-QurÂ’an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Fokus kajian adalah dalam bidang sejarah yang membincangkan tentang aspek tumbuh-tumbuhan dalam Al-QurÂ’an Al-Karim dari sudut bahasa dengan bersandarkan kepada hasil karya silam yang pernah dilakukan. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua-dua metodologi ini mempraktikkan sepenuhnya kaedah kajian perpustakaan. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data ini. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan sejarah kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dalam Al-QurÂ’an Al-Karim dalam apa jua bidang sekali pun seperti dalam bidang sains pertanian, sains perubatan, fiqh pertanian, geografi dan sebagainya, asasnya adalah dari kajian yang melibatkan bidang bahasa khususnya bidang leksikografi Arab.

Keywords

Tumbuh-tumbuhan, Al-Qur’an Al-Karim, sejarah, bahasa Arab, leksikografi

Article Details

How to Cite
Ramli, S., & Husin, A. F. (2015). KAJIAN SEJARAH TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM: SATU TINJAUAN (Historical Study of Plants in Holy Al-Quran: A Review). Journal of Al-Tamaddun, 10(2), 17–34. Retrieved from https://vmis.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8687